Penjara Sungai Buloh

Penjara Sungai Buloh terletak berhampiran bandar Sungai Buloh, Selangor, Malaysia. Penjara ini diurustadbir oleh Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN). Penjara ini merupakan kompleks penjara terbesar di Malaysia. Ia terletak di Jalan Kuala Selangor-Sungai Buloh berhampiran dengan Paya Jaras, Selangor. Ia dibuka pada tahun 1996 bagi menggantikan Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Ia ditadbir di bawah Jabatan Penjara Malaysia.Antara yang pernah dipenjarakan di sini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kesalahan liwat .Editor laman blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin juga ditahan di Penjara Sungai Buloh. Dr Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan Altantuya juga pernah ditahan di sini.Doktor panel Penjara Sungai Buloh terpaksa merawat hampir 3,000 banduan. Doktor penjara terpaksa memeriksa pesakit HIV dan mengidap Aids.Kawalan dan persekitaran yang agak terkurung dengan kawalan yang agak ketat menyebabkan ramai doktor kerajaan di penjara berhenti.[1]Pada 11 Disember 2007, penjara Sungai Buloh mengalami lebihan kapasiti 90 %. Sehingga 3 Disember 2007, terdapat 34,498 banduan di 28 penjara seluruh Malaysia, 415 penghuni di tiga sekolah pemulihan akhlak untuk remaja, 2,293 penghuni di empat pusat pemulihan, 70 penghuni di sebuah pusat tahanan perlindungan dan 6,624 penghuni di 11 depot tahanan pendatang asing tanpa izin.[2]